 |
 |
 |
|
Sunday, November 30, 2008
Posted at 07:37 pm by man_jihad24
Permalink
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.
Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.
Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.
Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.
Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.
Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.
Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:
“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.
Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.
Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:
“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.
Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).
Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
www.drmaza.com
Posted at 07:23 pm by man_jihad24
Permalink
Thursday, August 14, 2008
Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.
Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.
Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:
1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)
2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.
3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.
5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.
6. Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.
8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikanny a. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.
http://www.haluan. org.my
Posted at 07:41 am by man_jihad24
Permalink
Saturday, July 05, 2008
Pembalakan di Kedah: Kera dihutan atau anak dirumah yang layak disusu
oleh: Ibnu Bakrin
Gegak-gempita seluruh Malaysia berikutan kenyataan kerajaan negeri Kedah yang bercadang menjalankan aktiviti pembalakan dikawasan tadahan hujan.Berbagai pihak menyatakan bantahan dan meminta kerajaan negeri mengkaji semula cadangan tersebut.
Semua bantahan yang dikemukakan merujuk kepada kerosakan kepada alam sekitar yang bakal dialami sekiranya aktiviti pembalakan dijalankan.
Tiada siapa pun yang menghiraukan hak kerajaan negeri Kedah untuk mendapat pampasan sebanyak RM100juta setahun yang dinafikan oleh kerajaan pusat pimpinan Umno- Bn.Tiada saranan atau desakan yang dihalakan kepada kerajaan pusat agar melunaskan pampasan kepada kerajaan negeri Kedah.
Sepatutnya itu lah yang mereka lakukan, bukannya menekan kerajaan Kedah yang telah sedia ditekan.Mangsa rompakan yang dipukul bertubi-tubi sedang perompak dibiarkan bermaharajalela tanpa diapa-apakan.Wajarkah?
Bukan kah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak, dengan jelas telah menyatakan sekiranya kerajaan pusat bersedia untuk membayar pampasan kepada kerajaan negeri, beliau juga bersedia untuk membatalkan cadangan tersebut. Bukan bertujuan mengugut tetapi adalah untuk membela dan menuntut hak rakyat Kedah yang dicabuli.
Kedah ialah negeri miskin, ditambah lagi dengan bebanan hutang lebih RM2 billion yang ditinggalkan oleh kerajaan pimpinan Umno-Bn terdahulu.
Ironinya, mantan Menteri Besar yang terkenal akan kerakusannya mengondolkan hutan, sinis menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tidak pandai mengurus sumber kewangan negeri. Pandai sangatkah beliau apabila meluluskan ribuan ekar kawasan pembalakan pada kadar RM500 seekar sedangkan nilai sebenar disekitar RM5,000 hingga RM7,000 seekar.“Piiiiiraahh…mabuk!!!” (Ungkapan popular orang Kedah ).
Kerajaan dan rakyat Kedah telah berkorban dengan tidak memanfaatkan sumber kewangan negeri yang bernilai lebih RM16 billion demi kepentingan nasional. Namun pengorbanan besar ini dibalas dengan pengkhianatan.
Pulau Pinang, negeri kaya yang mendapat manfaat secara langsung, awal-awal lagi meminta kerajaan negeri Kedah mengkaji semula cadangan tersebut. Namun sedarkah, mereka juga turut mencabul hak rakyat Kedah kerana tidak melunaskan hutang yang berjumlah puluhan juta ringgit untuk bekalan air yang disalurkan. Beretika dan bertanggungjawabkah mereka?
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO lainnya, yang lantang membantah sewajarnya lantang mendesak kerajaan pusat agar mengembalikan hak rakyat Kedah yang dikhianati.
Kalau kerajaan pusat boleh mengembalikan hak royalti petrolium kepada Terengganu, mengapa tidak kepada Kedah?
Telah ditegaskan, jika pun cadangan ini terpaksa dilaksanakan, kerajaan negeri menjamin akan memastikan ianya dijalankan dengan cara yang berhemah dan menggunakan kaedah berteknologi tinggi bagi meminimakan kesan kepada alam sekitar.
Logikanya, Ustaz Azizan semasa menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah, telah dengan keras membantah cadangan seumpama ini yang pernah diajukan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno-Bn suatu ketika dulu. Tetapi apabila hanya baru melepasi 100 hari menjadi Menteri Besar beliau bertindak sebaliknya, mengapa ya..?
Sedangkan kemampuan dan kebijaksanaan beliau berpolitik diakui kawan dan lawan.`Lu orang sendiri mau pikiaq la..!!`
Posted at 08:41 am by man_jihad24
Permalink
Saturday, May 10, 2008
hari ni terasa teringin nak menaip setelah sekian lama rehatkan tangan.dalam menghadapi pergolakan politik Malaysia yg semakin ketara, kenaikan harga bahan makanan yg sepatutnya para pemimpin duduk semeja memikirkan perkara sepatutnya yg harus dilakukan,bukannya mengambil sikap mementingkan diri (perebutan jawatan dalam parti)..mengulas isu ini,ana tertarik untuk berdiskusi mengenai D.S Najib Tun Abd Razak dalam penyelesiaan kes Altantuya...

berita penangkapan seorg blogger baru2 ni menunjukkan ketidak matangan Najib dalam menghadapi tuduhan yg dilempar Raja Petra terhadapnya.beliau sepatutnya menjawab tuduhan tersebut, bukannya menggunakan "tangan2 ghaib" untuk berlindung.ketakutan beliau terserlah melalui penahanan blogger tersebut..(jgn mai dok tangkap ana sudah, ni cadangan, bukan fitnah/hasutan.. :-> )
mengulas mengenai Karpal Singh, takkan rakyat malaysia telah lupa kebiadapan pemimpin UMNO sendiri terhadap Yang Dipertuan Agong..?.kata2 seperti 'natang' yg ditujukan kpd Yang Dipertuan Agong diterengganu menunjukan betapa biadapnya org melayu sendri tehadap Yang Dipertuan Agong..sepatutnya mereka ini yg perlu diambil tindakan...
tentang kenaikan harga makanan,benarkah seperti kata Pak Lah (night line:11 May).situasi ni nak ngajor rakyat Malaysia erti susah.....ke nak bagi rakyat susah...bodo puny PM..
malaih ana nak ngulas banyak...payah cakap pasal pemimpin gila kosa nih....

Posted at 09:01 am by man_jihad24
Permalink
Friday, May 09, 2008
Sekiranya kamu dapati diri mu
menyintai seseorg yg tak membalas cintamu,
jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya
menyintai seseorg kerana cinta tak memilih
utk singgah di hati seseorg.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg
yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan
buat diri mu..
tapi kembali kan penghormatan tu dgn cara
yg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan &
jgnlah melukakan.
Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg
begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi,
tiada siapa yg harusdi persalahkan... relakanlah cinta tue pergi.
Kerana setiap yg berlaku ader maksud yg
t'sembunyi & kita akan menyedari apabile
masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn
segala misteri di dlmnya apabila ia dtg
mengetuk pintu hati mu.
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hati mu..
cinta itu anehh.. :)

p/s : Cintakan Allah, cinta yg hakiki...tidak akn dikhianati...
Posted at 02:50 am by man_jihad24
Permalink
Friday, April 11, 2008
Taktik Mengorat: Skill 1 - Minta no telefon
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Pernahkah anda tiba-tiba terserempak dengan seseorang yang anda rasa 'senang' mata memandang dan terus terpikat dengannya? Erkk, maksudnya bila anda lihat seseorang, terus terasa mahu mendekati dia la. Maybe sebab dia comel sangat, atau nampak baik dan sopan, atau anda rasa dia serasi menjadi teman hidup anda. Pernah tak?
Namun, disebabkan anda punya jiwa yang pemalu dan penakut, maka si dia itu berlalu sahaja depan anda tanpa anda sempat mengambil apa-apa tindakan. Kemudian anda akan terasa menyesal kerana tidak berjaya mendekati si dia yang anda minati itu. Itulah kesilapan anda kerana anda pengecut dan penakut. Hehehe.
Mungkin anda tertanya-tanya, takkan la anda nak berlakon seolah-olah terlanggar si dia itu, then tolong kutip buku atau barang dan seterusnya cuba berkenalan. Itu taktik dalam drama Melayu la. Jangan pakai. Kantoi nanti sebagai peminat filem Melayu. Hehehe.
Abis camana? Nak pergi jumpa dan terus terang dengan bagitau "Hai, saya suka awak. Leh berkenalan? Leh minta nombor telefon?" Sanggup ke?
Jika anda sedikit pemalu untuk berterus terang begitu, apa kata anda gunakan taktik ini sebagai cara mendapatkan nombor telefon si dia itu. Namun, anda tetap perlu berhadapan dengan si dia. Bezanya cuma, anda meminta nombor telefon si dia itu dengan sedikit skill yang mungkin menjadikan anda dilihat lebih 'bernilai tambah' pada pandangan si dia.
Ada beberapa langkah yang perlu diikuti. Awas kesilapan yang dilakukan mungkin boleh menyebabkan nombor telefon ayahnya yang akan anda dapat. Apapun cara nak mulakan perbualan, itu terserah pada anda. Mungkin anda boleh menyamar sebagai 'Tukang Silap Mata Jalanan' bagi mendekatinya.
Bila anda sudah boleh mula berbicara, ambik 8 langkah ini bagi mendapatkan nombor telefon tersebut. Sebelum itu bagi dia pegang kalkulator @ setting kalkulator pada handphone.
1) Minta dia isi 3 digit pertama nombor handphone dia pada kalkulator. Ni bukan nombor 01x tu. 3 nombor pertama. Macam nombor aku 981.
2) Nilai tersebut darabkan dengan 80. Jumlahkan.
3) Tambah 1. Jumlahkan.
4) Darabkan dengan 250. Jumlahkan.
5) Tambah dengan 4 digit nombor terakhir handphone. Misalnya 5000. Jumlahkan
6) Tambah sekali lagi 4 digit nombor terakhir tadi. Jumlahkan.
7) Tolak 250. Jumlahkan
8) Akhir sekali anda minta dia bahagikan jumlah tadi dengan 2. Minta dia baca jumlah tersebut. Itulah nombor yang anda mahu tadi. Pastu pandai-pandai la tanya dia pakai celcom ke ape.
Ok. Anda berani? Ada bran?? Hehehe.
Nota: Catatan ni tak bermaksud ajar mengorat pun. Cuma sesaje nak sedapkan cerita. Kalu betul-betul nak nombor, jangan minta nombor si perempuan tu. Minta terus nombor ayahnya. Senang skit dan lagi la nampak bersungguh nak tu. :)
Posted at 06:38 pm by man_jihad24
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
"..moga perjuangan direstui ILAHi ,teruskan perjuangan diiringi doa..agar perjuangan mendapat restuNYA.."
<
"> kalo dah masuk tu, tinggal la msj skit...KEMENANGAN ISLAM AKAN TERBUKTI!!!!!
Hulubalang Agama Alllah
24 JULY 1988
x-student SMKAB (sains+teknikal),Muthala'ah Al-Quran
lahir kat PAHANG
tinggal kat KEDAH
suka MANCING(pikir positif la...)
aku sayang kat mak bapak aku
adik beradik aku
kengkawan
lastly FIKIR....
aku ada 6 adik berdik
aku anak ke 4man_jihad24@yahoo.com
org yang berani akan kalah..tetapi tidak akan mengalah

"bila kita keseorangan, bukan kita tidak berteman, bukan jua kita bersendirian, tapi akal yang sejengkal itu teman, ilmu didada itu kawan dan AL-QURAN itulah panduan" manjihad24

lets read and
translate
the holy QURAN
click here
..bersama eratkan
ukhuwah..
|
 |
|